Kajian Preliminari Kelemahan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Wakaf di Malaysia

Kajian Preliminari Kelemahan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Wakaf di Malaysia

  • Post by:
  • December 30, 2017
  • Comments off

Wakaf merupakan salah satu instrumen ekonomi yang penting dalam Islam. Berbagai aspek berkaitan dengan bidang wakaf telah dikaji dan dibahaskan oleh sarjana seperti kajian berkaitan sosio-politik, ekonomi, perakaunan dan pengurusan wakaf, model perniagaan untuk wakaf tanah, kajian keperluan maklumat serta kajian berkaitan pembangunan sistem pengurusan maklumat wakaf. Kertas ini dihasilkan daripada analisis susastera dengan mengumpul data kualitatif untuk menganalisis isu yang berkaitan penurusan maklumat wakaf di Malaysia. Analisis mendapati mendapati beberapa jurang dapat dikaitkan dengan pengurusan maklumat wakaf di agensi wakaf negeri di Malaysia. Penemuan kajian menunjukkan antara jurang yang ada adalah berkaitan kesukaran mengagihkan manfaat wakaf disebabkan oleh maklumat fail yang tidak lengkap, ketelusan dokumentasi wakaf, ketiadaan maklumat terperinci mengenai aset wakaf dan keperluan menyediakan maklumat yang cukup kepada pewakaf dan mereka yang berpotensi untuk berwakaf. Penemuan masalah di atas membuktikan tentang keperluan satu sistem pengurusan maklumat bersepadu dibangunkan agar makluamt wakaf dapat diuruskan dengan baik.

Categories: